Whatever comes from Allah, say Alhamdulillah. Only He knows what is good for us. Be patient time will reveal itself, insyaAllah :)

My Heartbeat ♥

Thursday, May 24, 2012

Welcome to 20 years old :')


Wajah 20 tahun, kalau comel sila angguk HAHA (◠‿◠)

Mama kita cakap muka kita dari kecik sampai besar tak pernah berubah.

Assalamualaikum baby baby sekalian. Sihatkah? Haha. Ehem ehem, hari ni baru ada mood sikit nak update blog. Plan nak update semalam tapi bila mengenangkan badan yang letih, mata yang koyak, tangan dan kaki yang lenguh. Haihhh terpaksa di tunda ke hari ni. Update blog ni boleh diumpama kan seperti meeting ya dalam hidup aku. Hahaha.

23 May ><

Meh sini meh sini habaq mai sikit siapa yang tak happy bila birthday kau sendiri? Haha yap, sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, aku dah 20 tahun. Mak aiiiii, hahaha rasa macam tak percaya je sebab aku rasa baru semalam aku pergi sekolah bawak kek then sambut kat sekolah, haha! Boleh dikatakan every year mesti aku bawak something ke sekolah, haha hebat tak hebat tak? Agagaga.

Haha tapi itu dulu, kenangan :') Sekarang everything dah berbeza kan? Hihihi.

Ehem ehem, mari mari lihat sini koleksi wish daripada mereka yang tersayang. Cehhh!







Ini lah muka muka yang dah tak tahan dan dah tak sabar sangat nak wish. Haha ape lah korang ni, aku tak ke mana sayang sayang semua. See, hari selasa kan diorang wish? Hari selasa 22 May babe! Bukan 23! Haha by the way, i really appreciated! Thanks mates :')








Wah kemain lagi kau cakap aku macam ni kan, ishh ishh. Tak baik sama sekali, haha!



Dan dan yang terharu sekali...........




And thanks jugak semua yang tak mention tu, wish kat phone, facebook, twitter. May Allah bless all of you :')

And last but not least,



Ehem ehem, terima kasih daun keladi. Ingatkan nak lupa lagi macam tahun lepas. Opppssss. Hihihi sebenarnya kali ke enam okay. Apa lah kau ni. Hish hish .___.


Emmmmmmmmm,
arrrrrrrrrrrrrr,
hmmmmmmmmm
heeeeeeeeeee.

Reminder yang dia simpan kat dalam iPod dia, haha dia tak perasan pun aku geledah ipod dia hahahaha - i don't know should i .....
Hmm maaf, tengah recovering process ni. Mana mana yang tak faham, faham kan lah sendiri :)


Yeayyyy! Foursquare pon tau birthday aku bila! Bangga ni bangga! Hihihihi ><
Point jatuh teruk gila kot, haihhhhhh.

What's happening on 23 May 2012? :D

Bermula nya pada pukul 12, sedang sok sebok sidai kain, habis bising handphone aku dok bunyik bunyik mesej, call apa semua. Haha selalu tak macam ni ye, susah nak dapat situasi macam ni eh, miahahaha.

* eh jangan pelik sebab aku memang sidai kain malam malam. Hahah.

Then mula lah sibuk sampai kan zariq dan fendi call sebab nak wish dalam masa yang sama mama masuk bilik, bersalam salaman, cium pipi ke pipi sambil on the phone dengan diorang! Haha!

Dengan menggunakan kemudahan yang ada iaitu free call form maxis, mula lah gatal dok bergayot. Mana member yang dah lama tak borak tu saja nak kacau tengah malam, saje nak tengok diorang ingat tak birthday aku muahaha. Then, borak punya borak, tak boleh tidur sampai lah pukul 6 pagi. Errr okay bangun pukul 9. Apa kau rasa? Orennnnn? -.-

Dengan muka sakai dan mata yang rabak, mama mengarahkan supaya aku yang masak harini. Errrr okay, aku ingatkan aku boleh rehat rehat sikit haha rupa nya tidak. Demi menjaga hati mama, hihihi layan kan aje. Hahaha.

Dah alang alang rabak tu, petang tu keluar kejap. Tak rancang pun actually, dapat makan Pizza Hut. Yemmmehhhh! Kenyang perot suka hati! Terima kasih :)

Malam mama memutuskan untuk keluar makan je. Hihi mama yang suruh aku decide kan mana nak pergi. Haihhh aku minda buntu akal ke mana entah, terus cakap KFC. Okay deal, KFC! Hihihi.

Kejap, ayat dah macam novel dah aku ni kenapa? Haha biarkan! 
I've got something from themmmmm!





Hahaha >< Tak sangka dah besar besar boleh dapat present lagiiii, hihihihi!

Sesi membuka hadiah bermula!



Haha aku tak pasti lah kenapa aku excited sangat entah, haha.




Dalam bungkusan surat khabar, ada lagi wrapping paper, haha suspens betol!





Kualiti gambar yang tidak bagus. Di captured oleh honey moneyy, err errr.
Kau kena praktikkan lagi ye tangkap gambar, haihhh.


Yeayyy! Thanks mama, ayah! Chupp chuppp!



Haha mama macam tahu je wallet anak mama ni dah lunyai, ahaha dah bertahun dah tak tukar mehh. Hihi by the way, terima kasih mama, ayah and adik adik jugak! Thanks for the card, Aiman and Ammar! :')

Balik je malam tu, hee dapat calling from someone, okayy dia memang nak wish pukul 12 pun tapi masa tu aku tengah sidai kain and i told him call lah kejap lagi haha. Sorry sebab tak dapat nak pickup hihi. Tapi dia buat aku terharu kejap, tak pernah ada orang nak nyanyi kan lagu happy birthday on the phone!

Lagu selamat hari jadi, happy birthday, Allah selamatkan kamu dan lagu happy birthday in Korea! Wahhhhhh, terharu sehhh. Haha thank you kawan :') I'm so appreciate it syafiq :'D

And lastly, thanks again kepada semua yang ingat birthday kita, hihi mama kata kek minggu depan saing dengan adik! Mama nak Chocolate Indulgence taw! Hihihihi ><

Ucapan dari seorang ayah dan mama :

Dear sayangku Fatin, ayah ucapkan selamat menyambut hari ulang tahunmu. Semoga Fatin senantiasa dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan dalam apa bidang sekali pun. Jadikan lah angka umur yang mendatang itu membuat kita lebih dewasa dan lebih matang agar hari hari yang bakal kita tempuhi itu akan menjadi lebih baik dari hari hari semalam. Jadikan lah hari hari yang lalu itu satu ikhtibar dan panduan agar kita tidak tersesat jalan. Senantiasa lah ingat pada Sang Pencipta kerana apa yang akan kita peroleh adalah dari hasil apa yang kita buat dan kita lakukan untuk Sang pencipta. Salam sayang dari Ayah dan Mama yang tidak akan pernah jemu menaburkan kasih sayang buat insan yang bernama anak. Happy birthday to you my lovely daughter, and we're always love you - Terima kasih ayah dan mama :')


Credit to Nurul Rasyidah. Thanks mamarazzi :') Love you, chupp chupp! :D

P/S : Semoga dengan peningkatan umur ni, aku harap aku boleh kawal semua dengan baik. Tak kisah lah dari segi emosi ke, situasi, peredaran masa. Hmm, aku harap aku tabah dengan hari hari yang mendatang. Even happy macam mana pun, ada sedihnya. Even ketawa terbahak bahak sekali pun, parut tu tetap ada. Haha ini lah manusia yg bernama Fatin Nadhira :')